| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Naziran, Sesi Dialog Dan Hebahan Parol Jabatan Penjara Malaysia <br>

Program Naziran, Sesi Dialog dan Hebahan  Parol Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 8.9.2017  (Jumaat) bertempat di Dewan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.10 Sulaman. Program tersebut telah dihadiri oleh YBhg Dato? Sri Mustafa bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri dan YBhg KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Antara pengisian program yang bermula pada jam 0900 pagi melibatkan aktiviti Pameran dan Infokraf Penjara, Ceramah Pencegahan Jenayah dan Mesej Dari Penjara serta Hebahan Sistem Parol. Manakala pada waktu petang aktiviti sesi dialog bersama TKSU (K) KDN, Perasmian Penutupan Program serta penyampaian Sijil Penghargaan kepada Majikan, NGO, Individu, Jabatan dan Agensi Kerajaan negeri dan persekutuan. Program ini juga turut mendapat kerjasama dengan Pejabat Daerah Tuaran.


""